top of page
  • Whatsapp
textured-background-white-tone.jpg
Writer's pictureMe CAR

Roadtax Digital - Perkara yang anda kena tahu tentang Pengenalan ROADTAX DIGITAL

Seksyen 20 Akta JPJ yang menyatakan lesen kenderaan bermotor (roadtax) mesti dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.



Apa itu Roadtax Digital ?

KUALA LUMPUR, Feb 13 - Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke Siew Fook telah membuat satu pengumuman bahawa pelekat cukai jalan atau sticker roadtax tidak lagi perlu dipamerkan. Sejurus dengan itu, beliau telah memperkenalkan satu aplikasi MyJPJ dimana pemandu atau pemilik kenderaan tidak perlu lagi mempamerkan roadtax jalan secara fizikal tetapi hanya dengan menggunakan Roadtax digital melalui telefon pintar.


Walaubagaimanapun, pemandu atau pemilik kereta tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana ianya sedang dilakukan secara berperingkat dan ia hanya terpakai untuk pemilik kenderaan persendirian bagi warganegara Malaysia sahaja.


Susulan dengan perkara ini, terdapat beberapa persoalan yang timbul daripada pelbagai pihak tentang pengenalan Roadtax digital ini. Ada juga segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan pengenalan roadtax digital ini.


Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui beberapa perkara mengenai roadtax digital.


PENGENALAN ROADTAX DIGITAL

Roadtax Digital MYJPJ adalah pendigitalan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) kepada pemilik kenderaan bersendirian dimana sebelum ini wajib menampal pelekat tersebut di kenderaan masing-masing. Menerusi inisiatif ini, pemilik kenderaan bersendirian tidak lagi perlu menampal dan hanya perlu muat turun aplikasi MYJPJ dan paparan secara digital cukai jalan kenderaan anda akan dipaparkan di dalam aplikasi tersebut.


Dibwah ini adalah nota-nota yang penting untuk anda tahu tentang lebih lanjut mengenai Roadtax digital ini:-

  1. Pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM)) melalui portal awam JPJ atau memuat turun aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan roadtax digital.

  2. Bagaimanapun, pemilik kenderaan persendirian tidak diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Ia hanya salah satu pilihan bagi mendapatkan salinan digital bagi roadtax dan lesen memandu anda.

  3. Meskipun anda tidak memuat turun aplikasi MyJPJ, anda tidak perlu bimbang dan tidak akan dikenakan saman kerana pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ boleh sahaja mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka.

  4. Walaupun roadtax digital telah diperkenalkan, ingat, anda sebagai pemilik kenderaan persendirian tetap perlu memperbaharui roadtax anda pada setiap tahun sebelum ia tamat tempoh. Sticker sahaja tidak perlu ditampal.

  5. Anda tidak anda smart phone? Kawasan anda sukar dapat jaringan internet? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkan sticker roadtax dan lesen memandu fizital anda sekiranya dirasakan perlu. Dan ingat, pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ juga boleh mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka. Jadi jangan bimbang ya.

  6. Sekiranya kereta anda dipandu oleh orang lain, anda juga tidak perlu risau. Anda boleh cetak roadtax digital dan disimpan di dalam kereta. Namun jika tidak dicetak sekali pun tidak mengapa kerana pihak berkuasa boleh menyemak butiran kenderaan menerusi gajet mereka.

  7. Roadtax digital hanya terpakai kepada pemilik kenderaan persendirian warganegara Malaysia sahaja dan ia akan dilakukan secara berperingkat kepada kumpulan kenderaan lain. (sources from: Athirah)

PEMANDU YANG MASIH WAJIB MENUNJUKKAN LESEN DAN ROADTAX SECARA FIZIKAL





1 view0 comments

ความคิดเห็น


Oops.... Sorry, Page is under construction

bottom of page